Saturday, 13 September 2014

Tak Mampu Lagi..

Allahu, awat rasa teruk sangatt minggu ni. Rasa terkhianati. Rasa perit. Sebak. Hm airmata macam peneman aku minggu ni. Kenapa cuma aku yang rasa? Dia punca. Tapi masih tersenyum bahagia. Memang adat ke, mangsa perlu berduka? Hilang bahagianya? Bukanlah niat aku mengingkar ujian yang Allah beri. Jauh sekali mengeluh. Cuma terkilan dengan sekeliling. Susah betul rasanya nak tersenyum, lepas diuji yang sebegini.
Rabb, perlu ke aku pendam rasa sakit pada darah daging sendiri? Hati ni terlalu kecewa, jiwa akau terlalu tersiksa, bila sanggup dia jatuhkan aku sendiri. Hilang, hancur, pudar, luluh lebur  semangat aku dalam menuntut ilmu. Sedangkan dia tahu aku belajar perlukan wang. Dan dia terlebih faham keadaan keluarga aku. Takkan Cuma satu pertolongan aku minta, diabaikan. Tapi bila kawan, lajunya dipenuhkan. Bukan main lagi. Takkan terasa hati aku kalau dia tolak permintaan, sikitpun tak. Tapi terasanya aku bila dia terima, tapi ta laksanakan pun. Lagi perit di dusta, kata dah buat semua yang aku minta. Allah, sakit hati tertipu dengan kebohongan yang entah keberapa kalinya. susahkan diri aku takpa, tapi jangan sekali berani susahkan ibu. Ibu dah terlalu selalu menolak kepentingan dia. Semata demi permintaan anak2 dia.
Buat kau yang mencabar kesabaran aku,
Maaf aku takkan pernah lupa. Sampai bila2 pun aku takkan lupa. Tahu perlu ke lafazkan kemaafan aku, sedangkan kau ta pernah minta. Sikitpun ta rasa bersalah. Tahniah, kau insan pertama berjaya matikan jiwa aku. Lumpuhkan semangat aku. Aku sendiri ta tahu cara untuk bangkit semula. Cuma berbekalkan semangat ibu, sikit2 aku cuba bangkit. Kerana kau, aku janji takkan susahkan sesiapa lagi. Aku bergantung pada diri sendiri.  Lepasni, ta perlu lagi kau rasa susah hati. Aku akan buat semuanya sendiri. Tanpa pertolongan kau, atau sesiapa. Itu janji aku. Satu lagi aku na kasitahu, jiwa aku mati lepas apa kau buat. Mati.
Allah, kali pertama aku rasa hilang 100% semangat. Kuatkan laa aku Rabb. Jangan biarkan aku terrus lemah. Aku takut terkesan pada pembelajaran. Terlalu letih rasanya bazirkan airmata sepanjang masa. Bantu aku hapuskan airmata ini. Bantu aku lupakan, lupakan semuanya. Lembutkan hati aku untuk menerima, memaafkan. Aku ta kuat untuk itu. Kau permudahkan laa urusan pembelajaran aku. Aku sanggup bayar semuanya sendiri. Asal Kau permudahkan aku. Sesungguhnya hanya Kau tempat aku bersandar. Jangan Kau biarkan aku susahkan sesiapa lagi. Bantu aku kuatkan semangat aku. Biar jiwaku lumpuh pada manusiaa, asal tidak lumpuh padamu. Aamiin.  :’(


Pergilah Airmata, pergilah derita. Izinkan aku bangun semula.

No comments:

Post a Comment