Monday, 29 September 2014

sayangku DDPZ....

bismillahirrahmanirrahim, 
assalamualaikum bloggers terchenta.
semoga kita dirahmati Allah selalu..

lama juga ana mengundur diri. rindu rasanya na menaip. eh ana pulak. kalau nana okay tak? macam kak Diana Amir. my Crack. huhu. seriously banyak sangat benda nak story. but first of all, i feel so glad to tell you how happy i am. sebab Final Exam dah dekat. and im gonna die hard.

okay, hari sabtu baru ni, nana ada Family Day dengan coursemates and mama *penyelaras course kami*.  Sunway Lagoon. sikit je coursemates jang join.  chet, course kitorang pun memang sikit.. haha. kenyataan nya, kami puak yang paling kecik dalam UTM. ta tahulah sebab course ta menarik ke apa. haha tapi dengan ahli yang sikit, kami mampu berdikari :)

okay, perasaan first masa dapat tahu family day kat sunway lagoon, takyah cakap ah..sahsah happy. bayangkanlah, teringat masa kecik, kawan2 selalu cerita, seronok pergi sunway lagoon. nana cuma mampu senyum dengar. cuma mampu tengok iklan je. haha. nana takdelah letak harapan tinggi mana pun na jejak tempat tu. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak hasrat hati yang sekecil hama ni. terima kasih to my senior <3 sebab plan pergi sini :')

tapi agak kureng sikit masa tu. sebab poket nipis :'( malam sebelum pergi, nana call ibu..serius mulut nana paling berat gila gaban tahap cipan kena tinggal sorang dalam hutan.  tapi nak tak nak terpaksa gak. kalau tak, ta dapat laa nana join..malam tu gak kakak datang hantar duit, dengan amik borang2 untuk pinjaman MARA. paling sayu hati, bila ibu kasi nana dua kali ganda yg nana minta. masa tu na nangis pun ada.

#throwback masa ibu hantar nana, nak settle yuran tertangguh masa daftar. tengok ibu hulur sejumlah duit tu, hati sayu je. airmata dah ta tertahan. tapi cover je, tanak nangis depan ibu. orang nampak je nana kuat, hakikatnya, ibu je kunci untuk nana jadi rapuh serapuh rapuhnya. na ucap terima kasih, ttak terluah, taerlaluu sangat sebaknya. kenapa laa selalu nana yang banyak habiskan duit ibu ayah? dari sekolah menengah lagi. patutlah sibling pun jeles dengan nana.. maafkan nana :'(

okay masuk balik cerita, masa dah sampai sunway lagoon esok harinya, nana mcg ibu, kata nana dah sampai sunway lagoon dah, nana minta maaf kalau ta reply sebab na off hp.. tahu ibu balas apa?
"selamat bergembira, harapkan ayah dengan ibu, memang tak sampai tu."
 Allahu, mendalam sangaat ayat ibu. betul apa ibu kata. nana terus hilang perasaan happy. rasa sayu je. kalaulah dapat pergi se family. heh tapi tahu ayah mana minat jejak situ.. kesian gemok..jeles dia dapat tahu nana na gi. 

sampai sana, memang having fun time laa kan. rasa sayang gila kat DDPZ <3 course terbaik nana ! harap sangat dapat kekal pointer untuk habiskan enam sem dengan DDPZ. bukan senang na kekalkan. nana takmau KG or KS, na KB! aaminn

.

Saturday, 13 September 2014

Tak Mampu Lagi..

Allahu, awat rasa teruk sangatt minggu ni. Rasa terkhianati. Rasa perit. Sebak. Hm airmata macam peneman aku minggu ni. Kenapa cuma aku yang rasa? Dia punca. Tapi masih tersenyum bahagia. Memang adat ke, mangsa perlu berduka? Hilang bahagianya? Bukanlah niat aku mengingkar ujian yang Allah beri. Jauh sekali mengeluh. Cuma terkilan dengan sekeliling. Susah betul rasanya nak tersenyum, lepas diuji yang sebegini.
Rabb, perlu ke aku pendam rasa sakit pada darah daging sendiri? Hati ni terlalu kecewa, jiwa akau terlalu tersiksa, bila sanggup dia jatuhkan aku sendiri. Hilang, hancur, pudar, luluh lebur  semangat aku dalam menuntut ilmu. Sedangkan dia tahu aku belajar perlukan wang. Dan dia terlebih faham keadaan keluarga aku. Takkan Cuma satu pertolongan aku minta, diabaikan. Tapi bila kawan, lajunya dipenuhkan. Bukan main lagi. Takkan terasa hati aku kalau dia tolak permintaan, sikitpun tak. Tapi terasanya aku bila dia terima, tapi ta laksanakan pun. Lagi perit di dusta, kata dah buat semua yang aku minta. Allah, sakit hati tertipu dengan kebohongan yang entah keberapa kalinya. susahkan diri aku takpa, tapi jangan sekali berani susahkan ibu. Ibu dah terlalu selalu menolak kepentingan dia. Semata demi permintaan anak2 dia.
Buat kau yang mencabar kesabaran aku,
Maaf aku takkan pernah lupa. Sampai bila2 pun aku takkan lupa. Tahu perlu ke lafazkan kemaafan aku, sedangkan kau ta pernah minta. Sikitpun ta rasa bersalah. Tahniah, kau insan pertama berjaya matikan jiwa aku. Lumpuhkan semangat aku. Aku sendiri ta tahu cara untuk bangkit semula. Cuma berbekalkan semangat ibu, sikit2 aku cuba bangkit. Kerana kau, aku janji takkan susahkan sesiapa lagi. Aku bergantung pada diri sendiri.  Lepasni, ta perlu lagi kau rasa susah hati. Aku akan buat semuanya sendiri. Tanpa pertolongan kau, atau sesiapa. Itu janji aku. Satu lagi aku na kasitahu, jiwa aku mati lepas apa kau buat. Mati.
Allah, kali pertama aku rasa hilang 100% semangat. Kuatkan laa aku Rabb. Jangan biarkan aku terrus lemah. Aku takut terkesan pada pembelajaran. Terlalu letih rasanya bazirkan airmata sepanjang masa. Bantu aku hapuskan airmata ini. Bantu aku lupakan, lupakan semuanya. Lembutkan hati aku untuk menerima, memaafkan. Aku ta kuat untuk itu. Kau permudahkan laa urusan pembelajaran aku. Aku sanggup bayar semuanya sendiri. Asal Kau permudahkan aku. Sesungguhnya hanya Kau tempat aku bersandar. Jangan Kau biarkan aku susahkan sesiapa lagi. Bantu aku kuatkan semangat aku. Biar jiwaku lumpuh pada manusiaa, asal tidak lumpuh padamu. Aamiin.  :’(


Pergilah Airmata, pergilah derita. Izinkan aku bangun semula.