Sunday, 30 November 2014

aku benci kau.
but at the same time,
i miss you.

Monday, 29 September 2014

sayangku DDPZ....

bismillahirrahmanirrahim, 
assalamualaikum bloggers terchenta.
semoga kita dirahmati Allah selalu..

lama juga ana mengundur diri. rindu rasanya na menaip. eh ana pulak. kalau nana okay tak? macam kak Diana Amir. my Crack. huhu. seriously banyak sangat benda nak story. but first of all, i feel so glad to tell you how happy i am. sebab Final Exam dah dekat. and im gonna die hard.

okay, hari sabtu baru ni, nana ada Family Day dengan coursemates and mama *penyelaras course kami*.  Sunway Lagoon. sikit je coursemates jang join.  chet, course kitorang pun memang sikit.. haha. kenyataan nya, kami puak yang paling kecik dalam UTM. ta tahulah sebab course ta menarik ke apa. haha tapi dengan ahli yang sikit, kami mampu berdikari :)

okay, perasaan first masa dapat tahu family day kat sunway lagoon, takyah cakap ah..sahsah happy. bayangkanlah, teringat masa kecik, kawan2 selalu cerita, seronok pergi sunway lagoon. nana cuma mampu senyum dengar. cuma mampu tengok iklan je. haha. nana takdelah letak harapan tinggi mana pun na jejak tempat tu. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak hasrat hati yang sekecil hama ni. terima kasih to my senior <3 sebab plan pergi sini :')

tapi agak kureng sikit masa tu. sebab poket nipis :'( malam sebelum pergi, nana call ibu..serius mulut nana paling berat gila gaban tahap cipan kena tinggal sorang dalam hutan.  tapi nak tak nak terpaksa gak. kalau tak, ta dapat laa nana join..malam tu gak kakak datang hantar duit, dengan amik borang2 untuk pinjaman MARA. paling sayu hati, bila ibu kasi nana dua kali ganda yg nana minta. masa tu na nangis pun ada.

#throwback masa ibu hantar nana, nak settle yuran tertangguh masa daftar. tengok ibu hulur sejumlah duit tu, hati sayu je. airmata dah ta tertahan. tapi cover je, tanak nangis depan ibu. orang nampak je nana kuat, hakikatnya, ibu je kunci untuk nana jadi rapuh serapuh rapuhnya. na ucap terima kasih, ttak terluah, taerlaluu sangat sebaknya. kenapa laa selalu nana yang banyak habiskan duit ibu ayah? dari sekolah menengah lagi. patutlah sibling pun jeles dengan nana.. maafkan nana :'(

okay masuk balik cerita, masa dah sampai sunway lagoon esok harinya, nana mcg ibu, kata nana dah sampai sunway lagoon dah, nana minta maaf kalau ta reply sebab na off hp.. tahu ibu balas apa?
"selamat bergembira, harapkan ayah dengan ibu, memang tak sampai tu."
 Allahu, mendalam sangaat ayat ibu. betul apa ibu kata. nana terus hilang perasaan happy. rasa sayu je. kalaulah dapat pergi se family. heh tapi tahu ayah mana minat jejak situ.. kesian gemok..jeles dia dapat tahu nana na gi. 

sampai sana, memang having fun time laa kan. rasa sayang gila kat DDPZ <3 course terbaik nana ! harap sangat dapat kekal pointer untuk habiskan enam sem dengan DDPZ. bukan senang na kekalkan. nana takmau KG or KS, na KB! aaminn

.

Saturday, 13 September 2014

Tak Mampu Lagi..

Allahu, awat rasa teruk sangatt minggu ni. Rasa terkhianati. Rasa perit. Sebak. Hm airmata macam peneman aku minggu ni. Kenapa cuma aku yang rasa? Dia punca. Tapi masih tersenyum bahagia. Memang adat ke, mangsa perlu berduka? Hilang bahagianya? Bukanlah niat aku mengingkar ujian yang Allah beri. Jauh sekali mengeluh. Cuma terkilan dengan sekeliling. Susah betul rasanya nak tersenyum, lepas diuji yang sebegini.
Rabb, perlu ke aku pendam rasa sakit pada darah daging sendiri? Hati ni terlalu kecewa, jiwa akau terlalu tersiksa, bila sanggup dia jatuhkan aku sendiri. Hilang, hancur, pudar, luluh lebur  semangat aku dalam menuntut ilmu. Sedangkan dia tahu aku belajar perlukan wang. Dan dia terlebih faham keadaan keluarga aku. Takkan Cuma satu pertolongan aku minta, diabaikan. Tapi bila kawan, lajunya dipenuhkan. Bukan main lagi. Takkan terasa hati aku kalau dia tolak permintaan, sikitpun tak. Tapi terasanya aku bila dia terima, tapi ta laksanakan pun. Lagi perit di dusta, kata dah buat semua yang aku minta. Allah, sakit hati tertipu dengan kebohongan yang entah keberapa kalinya. susahkan diri aku takpa, tapi jangan sekali berani susahkan ibu. Ibu dah terlalu selalu menolak kepentingan dia. Semata demi permintaan anak2 dia.
Buat kau yang mencabar kesabaran aku,
Maaf aku takkan pernah lupa. Sampai bila2 pun aku takkan lupa. Tahu perlu ke lafazkan kemaafan aku, sedangkan kau ta pernah minta. Sikitpun ta rasa bersalah. Tahniah, kau insan pertama berjaya matikan jiwa aku. Lumpuhkan semangat aku. Aku sendiri ta tahu cara untuk bangkit semula. Cuma berbekalkan semangat ibu, sikit2 aku cuba bangkit. Kerana kau, aku janji takkan susahkan sesiapa lagi. Aku bergantung pada diri sendiri.  Lepasni, ta perlu lagi kau rasa susah hati. Aku akan buat semuanya sendiri. Tanpa pertolongan kau, atau sesiapa. Itu janji aku. Satu lagi aku na kasitahu, jiwa aku mati lepas apa kau buat. Mati.
Allah, kali pertama aku rasa hilang 100% semangat. Kuatkan laa aku Rabb. Jangan biarkan aku terrus lemah. Aku takut terkesan pada pembelajaran. Terlalu letih rasanya bazirkan airmata sepanjang masa. Bantu aku hapuskan airmata ini. Bantu aku lupakan, lupakan semuanya. Lembutkan hati aku untuk menerima, memaafkan. Aku ta kuat untuk itu. Kau permudahkan laa urusan pembelajaran aku. Aku sanggup bayar semuanya sendiri. Asal Kau permudahkan aku. Sesungguhnya hanya Kau tempat aku bersandar. Jangan Kau biarkan aku susahkan sesiapa lagi. Bantu aku kuatkan semangat aku. Biar jiwaku lumpuh pada manusiaa, asal tidak lumpuh padamu. Aamiin.  :’(


Pergilah Airmata, pergilah derita. Izinkan aku bangun semula.

Friday, 29 August 2014

Antara Dua Cita*

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahu, lama ta buka blog. rasa rindu na menaip. rindu na bercerita, rindu na blablabla.. RINDUNYA!! ;D alhamdulillah, masih diberi pinjaman nyawa dari sang Pencipta. syukur. masih terasa nikmat dariNya. terima kasih Allah :')

sepanjang ana menghilang ni, syukur alhamdulillah, kehidupan semakin baik, bahkan lebih baik. eh sat. ana? ergh. maaf kalau ada yang geli. bhaha! taktau na bahasa diri apa. "eh jap. perasan gila kau. macam ada je yang baca." haha. ada. sorang yang aku tahu. taktau laa kalau ada yang baca dalam diam ke apa. apapun, terima kasih buat yg setia membaca celoteh aku yangg taksah kalau ta lari topik :) bersabarlah korang..
 
okay masuk balik cerita, macam yg pernah ana maklumkan sebelum ni, ana jadi babysitter kat sekolah lama, dan ana telahpun meninggalkan gelaran tu. "babysitter? bukan warden ke?" haha, nama warden terlalu garang untuk ana. okay, kenapa tinggalkan? sebab ana bukan yang terbaik patut ada di tempat tu. ana resign dalam awal bulan 5. dan siapa sangka, Allah mengatur perjalanan yang lebih hebat ana kena tempuh lepas tu.
 
dalam dua minggu lepas tu, surat sampai kerumah ana, alhamdulillah syukur, Allah takmau ana biarkan otak ana gagal berfungsi. Dia bukakan peluang untuk ana menuntut lagi ilmu. tapi ilmu bukan sebarang ilmu. pagi pettang siang malam ana fikir patut ke ana terima? ana tergantung di antara dua. terima hasrat ibu tuk nengok anak dia sampai ke tahap U, ataupun ana teruskan hasrat ana mencari yang hakiki. kompiusnya! lama ana fikirkan jawapannya.
 
dan akhirnya, jawapan itu yang membawa ana kesini. sungguh, pada awalnya ana sendiri tak rasa dapat kekal lama. tapi dengan kekuatan dari Allah, dari ibu, dan diri ana sendiri, ana usaha tuk biasakan diri kat tempat ni. Allah, dugaannya, terlalu mencabar :' ana sendiri ta tahu sampai bila dapat bertahan. aliran yang ana ambik pun langsung ta kena dengan asalan ana. tapi ini takdirNya, ana yakin ana mampu, sebab Dia takkan uji ana lebih dari batas kemampuan ana.   ana cuba bertahan.
walaupun kekadang, orang dok pandang sinis, dok kata "hang study agama, tapi amik cos buat apa? siasia hang blajaq selama ni." "org sibuk kejar ilmu agama, hang kejar ilmu dunia, apa dapat?"
Allahu, katakata tu kekadang menusuk kalbu, sampai runtuh segala kekuatan yang ana ada. sedih ta dapat na ungkap la, bila itu pandangan orang kat ana. tapi ana kuatkan balik semangat diri, ana takmau kalah dengan perasaan tu. asalkan ana tak lupa ilmu agama yang ana pelajari. itu cukup untuk ana menempuh hari mendatang.
 
ana belajar demi ibu, kerana Allah. bukan untuk mereka yang suka down kan ana. itu saja. btw, cos yg ana amik pun agak menarik. cuma test 1 haritu, ana banyak fail, mungkin sebab ana tak ikhlas, dan ana takda semangat. in shaa Allah ana cuba perbaiki lebih baik. ana akan amik pandangan negatif orang sebagai kekuattan ana, in shaa Allah. doakan, semoga ana kuat di tempat yang ana ta pernah sangka ana akan jejak. berada kat alam universiti terlalu adventurous. sekali hanyut, susah nak kembali jadi manusia. doakan ana :'( okaylah, sampai sini je. penatlaa pulak. ta biasa dah kot taip banyak2 ni. huhu, Assalamualaikum readers :) Loud Out Love for u (^_^)




Monday, 10 February 2014

masih ada aku :')

assalamualaikum readers :D
lama tak update..rindu pulak kat site nih..sambil2 dapat hilangkan rasa bosan yang membelenggu kepala otak jiwa dan raga..rindu nak menggila samasama macam dlu..dengan siapa? ofcost dengan kawankawan sekepala yang dulu..disebabkan dah terlalu lama aku menyepi, maka dah berkuranglah readers aku...eh actually aku tak kisah pun, sebab aku bukan minta diberi perhatian..sekadar meluahkan rasarasa aneh yang menapak di hati..haha..

aku bukanlah antara gadis yang bijak mencoret dalam diary seperti segelintir yang lain, haha..aku cuma tahu menaip, menekan dan menghentam papan kekunci a.k.a. keyboard..alang alang boleh praktis melajukan taipan aku..kalo bole na sepakar dengan Kak Najwa, so that lepasni Kak Najwa takyah susahsusah nak menaip semua benda..sebab masih ada aku yang boleh ringankan kerja dia sikit..hehe, sikit jelaa..

Seperti yang diketahui hati, aku terpilih dalam program terbesar Malaysia mendidik jati diri remaja, PLKN..dan aku sikitpun tak bangga bila terpilih..cuma bersyukur jelah dengan takdir Allah..semoga Allah kuatkan hati aku kat sana nanti..risaunya bila pikirkan cara pemakaian, kehidupan seharian kat sana nanti..belum lagi bab sosialisme..minta dipelihara jea dari semua godaan ..amin..

okay, otak dah blurred, ta tau na cerita apa lagi..so, izinkan aku menamatkan riwayat cerita dengan lafaz, wassalam..


Wednesday, 5 February 2014

A.Y.D.B.Y.S.

Assalamualaikum..

huhahuha...sunyi lagi hidup ni..now at pejabat, melayan novel Sepasang Kurung Pink brought to me by Mrs. O'Wheelie :D tetibe tergerak hati nak update blog ni..huhu..alhamdulillah, perjalanan hari ni buat masa sekarang amat okay..actually, aku rindu kat rumah..tetiba jea..huhu..pengaruh novel la nii..na promote jap, aku syorkan korang baca laa novel ni..bukan pasal cinta dia, tapi pasal hubungan dia dengan family dia..touching habish..haha..

okay, berbicara soal cinta, aku seorang yang simple, pernah lalui banyak pengalaman hidup, tapi masih belum cukup..kisah hidup aku, banyak yang khilaf, dari yang benarnya...siapa yang mengenali aku sebelum ini, dia tahu siapa sebalik aku yang sekarang..masa silam yang aku sendiri tak dapat na putarkan kembali dan ubah ia dari terjadi..aku redha, takdir Allah untuk aku..bahkan aku bersyukur sangat aku masih diberi peluang ubah diri aku..tapi bukan senang..banyak sangat dugaan yang aku hadapi..tapi aku ta mengalah, kerana Allah takkan menguji seseorang itu melebihi batas kemampuannya..dan itulah prinsip aku tiap kali masalah datang menyerpa..ta kira masalah berat atau ringan, aku akan cuba selesaikan dengan bantuanNya..alhamdulillah..

bila teringat kisah silam, aku menangis sendiri..tanpa sedar, airmata mengalir seiring playback dalam kepala otak..huh..broken english..haha..aku cuba ta mengeluh 'kalau', sebab itu dah buat hati meragui Pencipta..Ya Allah, maafkan aku..tiap kali teringat, aku cuma mampu doa dalam hati semoga dosa aku dihapuskan..apa yang aku takutkan, ada insan lain yang mengulangi silapku..seakan akan dia menjadi cermin gambaran aku yang dulu..aku selalu minta pada Allah, jangan ada orang lain yang mengulaninya..amin..

okaylah, menaip pun buat mata kabur jea..maaf kepada yang bosan baca..luahan hati aku..maaf jugak, cara percakapan aku yang bercampur aduk nih, kerana masih ada sedikit 'aku yang dulu' yang tak mampu aku buang..apa yang aku harapkan, semoga doadoa insan yang menyayangi aku selalu dimakbulkan..kerana doaku sendiri belum tentu dimakbulkan..



Monday, 3 February 2014

Harapan Pencetus Inspirasi.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, 
Assalamualaikum, salam ku hulur buat kalian yang sudi membazir masa melawat blog yang ta seberapa nih..okay stop jap...dah jawab salam belum? jawab dulu! okay bagus..sebagai mukaddimah, alhamdulillah masih diberikan nafas tuk meneruskan penerokaan hari ni..hehe..okay, aku ta tahu apa na share pada hari ni..yang pastinya, aku mengalami kebosanan melampau, sebab kakak amoy aku ta balik lagi..dan aku bersendirian menjalankan tugas..haha..Kak Hajar, gong xi Fa Cai :D jangan lupa beri adikmu ini angpau..

okay, hari ni, aku jumpa satu ayat yang menyntap jiwa dan sanubari aku..bukan soal perasaan cinta sayang or whatever, tapi ayat ni bagai menampar pipi aku supaya sedar, yg setiap orang yg kita dekati, ada impian sendiri..mengarut kan? itulah hakikatnya..dan ini impian terbesar aku aku rasa..aku pun ada impian yang sama..impian ni..


aku harapkan lagi peluang untuk aku berubah..bila renungkan balik perjalanan hidup selama 17tahun, lebih banyak yang sampah dari yang berguna..alhamdulillah aku antara yg terpilih untuk mendalami ilmu agama..Ya Allah, sesungguhnya hamba hina dan tak layak meminta padaMu, namun hanya padaMu aku harapkan semoga Nur Hidayah dapat ku temui..kurniakan aku seseorang yang mampu memimpin aku ke jalan itu..seseorang yang amat aku hargai, dan yang takkan mungkin aku persiakan seperti sebelum ini..Amin Ya Rabbul Izzati :')

yang baik datangnya dari Allah, yang buruk juga dariNya atas kelemahan diriku sendiri.

Thursday, 23 January 2014

Love To Live Once in a Lifetime :)

Assalamualaikum :)
welcome words to those who still keep in touch on my blog..it tooks a very long time for me to make preparations in my hopes to be a better person.. i am sorry based on my old blog, they never brought any inspirations to you guys..i'm still learning to be like them;who really Islam based on soul, not only name..
so please, hold me in this new hopes..may the lights from His guides bring us to Jannah, amin.

okay, let's check on my topic,  as we know, every single person do have a feel called love..we are hoping to be loved, missed and not hurted.. mwahaha..and theres a blood called heart in ourselves, that controls all those feels..then, we should keep our heart safely, properly, carefully..it is Allah's most precious giving..we should be grateful by keeping our heart close to Him..not letting them hurted by the name of Nafs..control our Nafs, make ourselves close to Allah..may Allah always take a good care of our heart..

remember, keep your only Hearts, because they are reaaly easy to be hurt..put your trust to Allah, then your heart will be safe with Him..we will feel what the means of live in love once in a lifetime.. in Shaa Allah..
i am sorry if my grammars are out of charts..it is just beginning..

yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dariNya juga kelemahan diri hamba sendiri :)

Wednesday, 15 January 2014

ku merasa tlah kehilangan~

assalamualaikum, tak sampai berapa jam aku update n clear blog pasal kerjaya, hari ni dah asa kehilangan..seorang pelajar telah dilaporkan berhenti dari menjadi warga aspuri...haarrghh!! sentap gila masa Kak Najwa bagitahu...rasa cam nak marah jea..okay, nama budak nih, Fatin Farhanah..a.k.a. Kechikk..dia mudah didekati..senang hati bergaul dengan dia..n lagi satu, sifat dia yang jujur buat kami memang terasa kehilangan..sempat jugak merajuk dengan dia tadi..haha..kesian dia..tuh laa, ada pepatah kata,
setiap pertemuan ada perpisahan, setiap perkenalan ada pengakhiran
to Kechik, semoga Allah selalu lindungi hati kau..kau insan istimewa yg Allah pilih tuk mendalami ilmu AgamaNya..jangan persiakan yea..paling penting! Jangan Lupa Nama Kami :')
alhamdulillah, setengah bulan mulakan hidup terbaru..sekarang bertugas sebagai Babysitter, auwauw..haha..kat sekolah yang banyak berbakti untuk aku, SMeTH..bukan aku yg berbakti kat sekolah..haha..terbalik kann..tapi takpeh, In Shaa Allah, aku kan berikan sedikit bakti semampu aku tuk jaga n kawal, or ubah mana yg patut.. ASPURI, besar tanggungjawab aku pada korang..rasa takut, kalau dulu jawatan as Ketua Asrama or ajk or whatever, aku buat sambil lewa je..tapi sekarang baru terasa berdosanya aku tinggalkan jawatan tuh..warden, nampak singkat je kan, tapi tanggungjawab dia bukan main banyak+besar lagi tau.. warden means, kena pantau semua anak jagaan..kalau ada yang buat silap, kita sekali kena marah..itu yang nyata, belum lagi yg buat silap diam2, dosa jatuh atas kita sekali.. Nauzubillah, minta dijauhkan dari segala yg macam tuh..ingatkan simple jadi warden, jaga budak..rupanya lagi susah dari tanam pokok.. walau apapun, aku seronok jaga dorang, kekadang sampai terasa aku pun salah satu dari dorang..tapi aku je la rasa..dorang ta tahulahh kann..haha...to my Dearest babies, berikan kami kerjasama yg terbaik yea..semoga batch tahun ni akan jadi yg terbaik dalam hidup aku..n my dearest rakan sekerja, Kak Hajar, semoga kita samasama tabah dan sabar melayan kerenah anakanak kita nanti..haha..jalankan tugas dengan terBAIK tau..kita samasama susah senang jaga dorang yea :) Ya Allah, permudahkan laa urusan aku, tanggungjawab kami, semoga kami dapat melaksanakan dengan baik..berkatilah setiap tindakan yg kami ambil, semoga kami menjadi adil, penyabar dan kuat dalam menjalankan tugas kami..amin ya rabbal alamin..