Thursday, 19 December 2013

Mohon Dimengerti.

Jangan Keterlaluan dalam Mengharap Sesuatu daripada Manusia # TakeNote "Sangatlah sakit apabila yang diharapkan tidak menjadi. Menaruh harapan yang tinggi terhadap sesuatu perkara itu satu hal. Pada saat menerima keputusan akan pengharapan yang dinanti-nanti itu juga satu hal. Tidak boleh duduk diam dibuatnya. Berharap itu bukan tidak boleh. Boleh. Apa yang tidak bolehnya adalah terlalu berharap kepada sesuatu. Lebih-lebih lagi berharap kepada manusia. Ia akan mendatangkan kesakitan di dasar hati. Ini kerana sedari awal lagi, keinginan untuk memiliki dan rasa sudah memiliki tertanam dalam diri. Sebabnya, kita terlalu yakin yang ia akan menjadi milik kita. Semakin diri dan jiwa terikat dengan rasa sudah memiliki. Semakin kuat pula perasaan sakit ketika sesuatu itu tidak terjadi seperti yang diinginkan." #copy+paste. semoga aku tabah :'

No comments:

Post a Comment