Dear readers, yang tak pernah aders haha, assalamualaikum kumula bicara, untuk aku meluah sedikit rasa yang semanjak dua menjak ni membelenggu diri ini..first of all, aku nak ucapkan Ramadhan Kareem yaa akhii waa ukhtii mahbubah, كل عام وانتم بخير hendaknya..terlalu banyak aku nak bercerita..almaklum cuti panjang, macam2 hal dah jadik, tapi macam malas nak tulis semua dalam satu post, kang penat pulak korang nak baca (persoalannya: korang ni sape?) Haha biasalah aku ni suka berangan sendiri, so takyah kacau ah aku nak cerita ni haa *mukasuci*
Selama ni asal orang tanya pasal jodoh je aku mesti jawab tunggu abe pilot masuk minang..act takdelah mengharap sangat pun nak berjodoh dengan abe pilot huhu..saja jawab suka2 sebab malas senanye nak pikir2 pasal kawin ni..dapat pulak kengkawan yang suka menyembang soal jodoh ni haa lemah betul laa aku..ada jodoh, kawin la en..aku tau depa semua syak aku dah ada someone in mind bila aku kata gitu hahah seriously u said u know me? *gelaknangeh* yang aku tahu, hati aku cukup batu bila sembang pasal outsider yang berjantina lelaki (kecuali kengkawan lelaki yang aku kenal) so how did u expect that i've found my man? Aduhai *tepukdahi* dont worry lah sahabat2 yang ku sayang, kalau dah ada nanti, rasa dah confirm boleh announce, in sha Allah for sure i'll tell everyone...hah masatu barulaa hangpa kena terkejut beruk pasai dah ada mamat dapat lunyaikan kebatuan hati aku ni ahaks awin bawak istighfar win..jangan berangan tinggi sangat, ingat ajal maut ditangan Tuhan ya #selfnote
Em kenapa ni tetiba cerita pasal benda tak penting ni? sebenarnya hati tengah tak keruan sebab baru je semalam terjumpa ig someone whom i pernah admire masa form1 dulu but biasa2 je..masa korang baca ni mesti korang be like "what? Seriously awin ada crush kat someone? Gila apak boleh heart attack baca ni wuu" cewahh ni expectation aku je..taktau laa kalo reality nya lagi dasyat korang punya terkezutz tu huhu *blushing* okay back to the story..mesti korang wonder cemana aku boleh tergolek suka si fulan ni en..ceritanya rahsiaa haha *gelakjahat* tapi aku dah cuba nyahkau dari hidup aku, yelah mana baik lah suka2 minat2 ni..zina hati woii *mukabengis* cuma lately lepas habis GirlsDayOut #floriadate ritu, tetiba asyik teringatkan dia ni..mula2 tergelak bila throwback, tapi ini hati aa tarak reti tipu maa..macam ada sikit harapan, sikit je tak banyak pun..harapkan dia..
Tapi lepas dah jumpa plus stalk ig dia, harapan lebur sebab terjumpa nama sorang gadis sentiasa n wajib komen gambar dia..okay dari situ aku tahu i'm friendzoned, even worse, tak terlist dalam friend pun haha sebab masa form3 pernah add kat fb, lepas beberapa hari dia approve, dia unfriend balik *gelakgulingguling* what a shame me hahah, zaman pramlee kata hidung tak mancung pipi tersorongsorong alahai awin awin *gelengkepala* but overall, yang paling buat aku terkezutz sampai tak keruan nya is, theres some pictures of him related with aviation, which means he's a pilot to be *nadatinggi* dahtu selama ni aku dok cakap nak jodoh ngn pilot tu *mentalbreakdown* hahah awin, all you need is tu put your trust to Allah as He is the best planner..aku tahu ini semua kebetulan, apapun aku redha walau apapun yang akan terjadi in the future..apa yang aku kena buat sekarang is to forget everything that brought me to him, and stop saying i wanna get married with a pilot huhu *menangisdalamtawa* kesian your future to be, kalau dapat tahu kau pernah ada hati dengan orang lain kan #selflogic
Cerita ni cuma hiburan sematamata which cuma ada dua orang je yang kena mengena iaitu aku dan si fulan itu..saja aku coretkan sebab aku rasa cerita ni kelakar and tak patut dilupakan..sedia maklumlah aku ni pelupa kemain dasyat *nauzubillahiminzalik* moral of the story, kena selalu ingat yang jodoh pertemuan, rezeki dan ajal, semua ditangan Tuhan..by hook or by crook, kita as hamba Yang tak sempurna lagi penuh noda ni kena selalu kembali pada fitrah, cinta dan kasih paling utama buat Allah dan Nabi Muhammad S.A.W.. okay semua? *silajawabinshaaAllah* #muhasabahdiri Semoga satu hari, andai dipinjamkan hayat lagi sehingga bertemu dengan si pemilik hati, post ini dapat aku tunjuk kat dia nanti huhu Ya Allah tengok tu berangan lagii *gelaknangis*
P/s: mungkin jugak Allah tengah uji kuat mana iman aku, sempena bulan mulia ni? wallahu a'lam bissawabb...
Sekian dari hamba yang hina, wassalam :)
