Monday, 21 March 2016

AlFatihah buat Sir Ramlan


bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum pembuka kata untuk ceritera duka kali ini..aku gagahkan diri mencoret tulisan ini sebab ku bimbang, andai ditangguh aku yang merasa sakitnya..aku menulis untuk diri aku yang selalu lupa..aku menulis kerna diri aku yang selalu leka..dan aku tahu tiada yang membaca, lalu ku tulis untuk tatapan aku sendiri di hari muka..

Khamis, 17 mac 2016, macam biasa aku balik rumah naik bas..dari mana tu tak perlu kot aku kongsi..yang pastinya, setiap perjalanan aku confirm melintasi rumah Hamba Allah ini..dan tiap kali lalu depan rumah insan ini, aku sendiri tertanya tanya apa khabarnya, tengah buat apa agaknya, ada ke kat rumah, tapi paling wajib, bila dapat bertemu insan ini..tapi tu dulu..sebelum aku dapat berita jumaat malam, yana tulis AlFatihah buat sir ramlan..macam tak percaya, berkalikali aku ulang ayat yang tertulis..yang pastinya, khamis tu kali terakhir aku tanyakan soalan2 tu pada diri aku sendiri..remuk hati aku hanya Tuhan yang tahu..

biar aku perkenalkan, dia Sir Ramlan, guru English sepanjang lima tahun empat bulan aku kat samha..tapi selamanya guru yang aku sanjung..dari form 1, dia curahkan ilmu tanpa sikitpun mengeluh kepenatan..padahal keadaan dia yang uzur sepatutnya dah berehat kat rumah..tapi dia lagi memilih untuk membaja anakanak murid samha..yang belum tentu tumbuh subur dengan baja yang ditabur dari dia..dan aku mengaku sendiri, aku antara anak murid dia yang langsung tak tahu erti menghargai..selama dia mengajar, aku selalu mengeluh sebab dia selalu ulang apa yang pernah dia ajar masa form sebelum ni..dia pun selalu ulang lawak yang sama tiap tahun..perasaan tu buat aku hilang rasa hormat pada dia..aku mula kejam pada dia, aku tidur waktu kelas dia berjalan, aku jarang siapkan kerja sekolah yang dia bagi.;aku tak pernah revision subjek dia tiap kali nak exam..bukan sekali dua dia tegur aku, bahkan dia pernah hamburkan amarah dia..dan sungguh, katakata dan doa guru sentiasa Allah makbulkan..sir pernah kata sebelum aku pmr, kalau aku berterusan dengan perangai aku, sir yakin aku takkan dapat A..

dan hari aku dapat result PMR, aku betul2 menyesal sebab memang tak dapat A pun..rasa bersalah pada sir terlalu dalam..aku nekad nak tebus salah aku masa SPM..minggu terakhir sebelum exam SPM mula, hari khamis aku jumpa sir..minta maaf atas semua kesilapan aku..sir kata dia dah lama lupakan..dia nampak perunahan aku..dan doa terakhir dia, aku akan dapat A kalini..alhamdulillah, berkat doa dan redha sir, aku sukses dapatkan A untuk sir..betapa aku terharu dengan kelembutan sir yang langsung tak memendam..syukur sir dengan kejayaan aku, sampaikan sejak dari tu, tiap kali dia mengajar, tak sah kalau tak sebut nama aku sebab dapat A subjek dia..sampaikan budak2 mengadu kat aku, bosanlah sir asyik sebut nama akak tiap2 kali kelas dia..baru aku sedar betapa insan tua ni dahagakan kejayaan anak murid dia..sebak hati tak tertanggung lagi..sejak hari aku dapat result, aku selalu terlepas peluang nak jumpa sir masa jadi warden..sampai aku dah resign aku tak sempat nak zahirkan rasa terima kasih aku kat sir..bukan aku tak mencari peluang, tapi selalu terlepas pandang..sejak masuk U pun aku syik wonder bila dapat jumpa sir..

sampailah raya 2014, masa sem 1 aku nekad ponteng kelas semata mata nak jumpa sir..ingat lagi aku ngan kak hajar bagi salam kat rumah sir, tapi takda respon..hampa hati toksah cakap laa..and aku ingat lagi raya 2015, aku masih tak putus harap dapat jumpa sir..lagi sekali aku ngan kak hajar depaan rumah sir, bagi salam masih tak bersambut..sampailah jiran sir muncul kata sir sekeluarga bercuti oversea..Allah, hampa lagi hati ni..tapi hampa remuk redam tak dapat dibandingkan dengan penyesalan aku harini ni dan hari hari mendatang..takkan ada lagi peluang untuk aku tertanya tanya keadaan dia tiap kali lalu depan rumah dia lepasni..takkan lagi aku tertunggu tunggu peluang untuk aku bersua muka dan ucapkan rasa terima kasih aku pada hamba yang Allah rindu ini..sungguh hati ni rasa sayu sebab tak sempat langsung nak jumpa..lagi teruk bila tak dapat langsung meluah apa yang terpendam selama ni..

semalam pagi aku nekad ziarah pusara arwah dengan yana, alya and syaf..tapi tak mudah cari yang mana satu kubur arwah..akhirnya kitorang duduk dekat dengan satu kubur yang masih baru tanahnya, masih bernisankan papan kayu tanpa nama..tawakkal pasrah pada Allah, semoga niat kami sampai pada sir..sungguh, bukan ziarah ini yang aku harapkan..aku harapkan untuk bertemu jasad dan rohnya yang masih hidup..hati meronta melawan takdir tuhan...astaghfirullah, betapa lemah diri ini Ya Allah..ini pertama kalinya aku rasa susah nak menulis..tak mudah menulis pasal orang yang dah pergi..masa banyak terbuang, tangan lagi banyak mengesat airmata yang tak tahu berhenti bertakung..sebak sebu dada tahan airmata dari jatuh tapi aku kalah..izinkan aku coretkan katakata yang tak sempat aku luahkan pada sir..

"dear sir, teirma kasih, sungguh terima kasih sebab tak pernah berhenti berharap..terima kasih sebab selalu doakan kejayaan saya..terima kasih sebb selalu bangga bercerita pada orang tentang kejayaan saya..walaupun saya cume cemerlang dalam subjek sir, tapi sir bangga seolah olah saya mengharumkan nama sekolah..terima kasih selalu sebut nama saya..kalau dulu saya rasa malu bila sir cerita kat orang pasal saya, hari ini saya rindu nak dengar orang mengadu kat saya yang sir selalu banggakan saya dalam kelas dorang..harini saya rindu nak mencari peluang bila saya dapat berdepan dengan sir, dengar segala doa sir..hampa hati saya tak dapat luahkan kata kata ni pada sir..kecewa sebab tak mampu luahkan penghargaan saya pada sir..what i'm gonna do if i passed by your house after this? what i'm gonna do if i miss you? i'm sorry i never make it to see you before you go..and now youre gone, i'm sorry for being so sad and couldnt even stop thinking of you..i wish my sadness is just temporary..i dont wanna hurt you there..may Allah place you in heaven where you deserve..thankyou for everything..."

AlFatihah buat Sir Ramlan....