Friday, 29 August 2014

Antara Dua Cita*

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahu, lama ta buka blog. rasa rindu na menaip. rindu na bercerita, rindu na blablabla.. RINDUNYA!! ;D alhamdulillah, masih diberi pinjaman nyawa dari sang Pencipta. syukur. masih terasa nikmat dariNya. terima kasih Allah :')

sepanjang ana menghilang ni, syukur alhamdulillah, kehidupan semakin baik, bahkan lebih baik. eh sat. ana? ergh. maaf kalau ada yang geli. bhaha! taktau na bahasa diri apa. "eh jap. perasan gila kau. macam ada je yang baca." haha. ada. sorang yang aku tahu. taktau laa kalau ada yang baca dalam diam ke apa. apapun, terima kasih buat yg setia membaca celoteh aku yangg taksah kalau ta lari topik :) bersabarlah korang..
 
okay masuk balik cerita, macam yg pernah ana maklumkan sebelum ni, ana jadi babysitter kat sekolah lama, dan ana telahpun meninggalkan gelaran tu. "babysitter? bukan warden ke?" haha, nama warden terlalu garang untuk ana. okay, kenapa tinggalkan? sebab ana bukan yang terbaik patut ada di tempat tu. ana resign dalam awal bulan 5. dan siapa sangka, Allah mengatur perjalanan yang lebih hebat ana kena tempuh lepas tu.
 
dalam dua minggu lepas tu, surat sampai kerumah ana, alhamdulillah syukur, Allah takmau ana biarkan otak ana gagal berfungsi. Dia bukakan peluang untuk ana menuntut lagi ilmu. tapi ilmu bukan sebarang ilmu. pagi pettang siang malam ana fikir patut ke ana terima? ana tergantung di antara dua. terima hasrat ibu tuk nengok anak dia sampai ke tahap U, ataupun ana teruskan hasrat ana mencari yang hakiki. kompiusnya! lama ana fikirkan jawapannya.
 
dan akhirnya, jawapan itu yang membawa ana kesini. sungguh, pada awalnya ana sendiri tak rasa dapat kekal lama. tapi dengan kekuatan dari Allah, dari ibu, dan diri ana sendiri, ana usaha tuk biasakan diri kat tempat ni. Allah, dugaannya, terlalu mencabar :' ana sendiri ta tahu sampai bila dapat bertahan. aliran yang ana ambik pun langsung ta kena dengan asalan ana. tapi ini takdirNya, ana yakin ana mampu, sebab Dia takkan uji ana lebih dari batas kemampuan ana.   ana cuba bertahan.
walaupun kekadang, orang dok pandang sinis, dok kata "hang study agama, tapi amik cos buat apa? siasia hang blajaq selama ni." "org sibuk kejar ilmu agama, hang kejar ilmu dunia, apa dapat?"
Allahu, katakata tu kekadang menusuk kalbu, sampai runtuh segala kekuatan yang ana ada. sedih ta dapat na ungkap la, bila itu pandangan orang kat ana. tapi ana kuatkan balik semangat diri, ana takmau kalah dengan perasaan tu. asalkan ana tak lupa ilmu agama yang ana pelajari. itu cukup untuk ana menempuh hari mendatang.
 
ana belajar demi ibu, kerana Allah. bukan untuk mereka yang suka down kan ana. itu saja. btw, cos yg ana amik pun agak menarik. cuma test 1 haritu, ana banyak fail, mungkin sebab ana tak ikhlas, dan ana takda semangat. in shaa Allah ana cuba perbaiki lebih baik. ana akan amik pandangan negatif orang sebagai kekuattan ana, in shaa Allah. doakan, semoga ana kuat di tempat yang ana ta pernah sangka ana akan jejak. berada kat alam universiti terlalu adventurous. sekali hanyut, susah nak kembali jadi manusia. doakan ana :'( okaylah, sampai sini je. penatlaa pulak. ta biasa dah kot taip banyak2 ni. huhu, Assalamualaikum readers :) Loud Out Love for u (^_^)