Sunday, 18 September 2016

Andai Kutahu Itu Yang Terakhir Kalinya

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم يا ريدرس
Hari ni, tanak cakap banyak..aku cuma nak luah sikit beban kesedihan yang aku tengah tanggung dalam hati ni..lama rasanya tak menangis tapi lately taktau kenapa hati lembik semacam..ramai taktahu yang barubaru ni, tapi nak minta maaf dulu sebab post kalini takda gelakgelak gilagila sebab this time, i'll write a pretty sad story..

Okay, barubaru ni, tarikh 5hb september 2016 lebih kurang jam 10.17 malam, dapat berita dari waksep yang nenek belah ayah yang tinggal sebumbung dengan aku kembali dijemput Illahi..terkedu. terkejut. tak jelas perasaan aku waktu tu. rasa macam mimpi. berkalikali cuba jelaskan kat diri sendiri, ini bukan mimpi. Tapi. Inna, Allahu a'lam..

Masa dapat tahu berita ni, baru teringat mimpi aku malam sebelumnya, hujunghujung mimpi tu, aku nampak kubur bernisan dengan bayangan yang samarsamar rupanya..langsung tak terfikir yang mimpi tu macam hint..hari jumaat sebelum tu, rasa berat hati sangat nak stay hostel..membuakbuak rasa nak balik taktahu kenapa tak sedap hati sangat..tapi mengenangkan yang minggu minggu depan tu nak raya haji, aku padamkan jela niat nak balik tu..

Apa yang membebankan aku, waktu kali terakhir jumpa nenek sebelum nak balik hostel, aku salam arwah macam biasa..dia hulur wangsaku, aku tolak tanak terima tapi dia cakap "alah nenek dah takde nak guna untuk pape dah duitnya" perasan airmuka dia sedih bila aku cuba tolak, terus aku sambut huluran dia and ucap terima kasih..soalan wajib dia "minggu depan balik tak?" Aku jawab taktau lagi, in shaa Allah masa raya haji..perasan air muka dia macam sedih, tapi bodohnya aku takcuba faham maksud tersirat..dia pesan belajar elok2, aku jawab in shaa Allah..dalam hati aku janji bila aku dah kerja nanti aku balas balik semua pemberian dia sepangjang aku belajar..takpernah putus dia tolong aku dari segi kewangan..

Teringat balik masa hari terakhir aku pasangkan beg nenek..arwah nenek ada kanser usus, lepas operate dia kena pakai beg utk buang sisa penghadaman melalui beg tu..aku mula belajar pasangkan beg sejak umur darjah empat kalau tak silap..masa mulamula nenek baru lepas operate..dia selalu pesan kat aku belajar rajinrajin nanti boleh jadi doktor boleh tolong nenek..sejak sekolah menengah' time cuti je dapat tolong pakaikan sebab duduk hostel kan..

Tapi hari last aku pakaikan nenek beg, tulah waktu yang paling sebak seumur hidup aku pasangkan beg dia..mana taknya, sambil aku pakaikan, nenek menangis sambil mintak maaf banyak2 kat aku sebab selalu susahkan..dia takpandai nak pakai sendiri tak nampak, nanti bocor..waktu tu sisa penghadaman dia terlalu cair sampai beg cepat tercabut..betapa sedih dia masatu, dia cakap makan dah tak selera, makan sikit pun banyak yang keluar..dia tanya aku, apa dia dah nak dijemput ke..sentap aku dengar soalan dia, terus aku cakap janganlah mintak yang macam tu..mintak laa moga diberi kesihatan yang baik, moga cepat sembuh..lepas siap pakaikan beg, dia ucap terima kasih, entah kenapa terima kasih kalini aku rasa berat dengar..macam terasa ini pertolongan yang terakhir aku..Allah, kalau aku tahu memang betul itu yang terakhir kali :'(

Bukan tak perasan, sejak masuk sem5 ni..tiap kali balik aku perasan muka arwah lain..tiap kali cuti, mesti makin lain..risau tu ada, tapi teringat yang arwah memang kadang kena hypo *kurang gula* sebabtu kot muka dia lain..tapi jujur aku cakap, sem ni banyak sangat terasa nak balik..rasa tak tenang duduk hostel walaupun baru minggu lepas balik, minggu ni mesti rasa nak balik..and sekarang baru aku dapat faham kenapa rasa macam tu..mungkin Allah gerakkan hati aku so that aku dapat tengok nenek banyak kali..Allah sebaknyaa..terima kasih Ya Allah :'(

And aku teringat, petang hari yang sama sebelum arwah dijemput Allah azza wa jalla, aku keluar pergi makan..singgah my1shop ternampak getah rambut..terus teringat dekat arwah sebab masa hari terakhir aku kat rumah, sebelum gerak balik kolej, dia pergi depan cakap rimas rambut dia panjang sangat..nak pakai getah tempe *getah oren* tapi sakit..terus aku lari ke dapur teringat pernah nampak getah rambut kat rak dapur..aku hulur kat dia, suka betul dia..back to the story masa kat my1shop, aku tak fikir panjang terus je amok satu bundle ada empat getah rambut dengat niat nak bagi dia balik raya haji nanti..tapi belum sempat. Tak sempat langsung rasanya nak bagi. Lambat berapa jam je! 

Malam tu jugak kakak, kak ieka, elin ngn boneng datang amik..pukul du lebih gak sampai rumah..dari luar pintu aku dah nampak kain batik selubung..Allah, masatu baru aku bangun dari mimpi. Baru tersedar dengan realiti. Harapan berita tu palsu takda lagi. Masuk dalam rumah, aku tak toleh langsung kearah jasad kaku arwah..tak kuat rasanya berdepan dengan kenyataan ni..lama berteleku dengan sedara mara lain, sampailah nak waktu subuh baru aku tersedar tak banyak waktu lagi untuk aku berdepan dengan arwah. Buat terakhir kali. 

Lepas je solat subuh, terus aku ke depan, beranikan diri duduk sebelah dia, bacakan surah yaasiin..airmata waktu tu dah mula merengek minta dilepaskan tapi aku tahan..aku tahu dia tengah perhatikan..aku tanak dia nampak kesedihan dari wajah aku..sebelah aku muncul anak kedua dia, join sama bacakan yaasiin untuk dia..dalam pukul 7 makcik yg nak uruskan jenazah datang..pelawa aku join mandikan jenazah tapi entah kenapa aku tak kuat, ya takut..aku cuma tolong siapkan pakaian terakhir arwah..itu je aku mampu..waktu arwah nak diangkat untuk dimandikan, waktu tu baru aku berani tengok muka pucat lesi dia..Allahu, memang tak percaya dengan apa yang aku baru tatap..aku jadi saksi arwah dipersiapkan dari awal sampai akhir..

Sampai orang ramai mula datang, baru aku tinggalkan arwah..lama kitorang tunggu arwah nak disembahyangkan..lepas solat sepatutnya kitorang dapat cium arwah buat terakhir kali tapi..lepas je solat jenazah, terus diangkat arwah dimasukkan dalam van jenazah..makcik yang uruskan pun terkedu sebab terus diangkat tanpa alert..waktu tu memang takdapat nak tahan sebak, airmata keluar semahu mahunya..aku lepaskan je..dah lama sangat aku tahan..

Nenek yang selama ni tinggal sama, yang jadi saksi aku membesar, dah kembali ke rahmatullah buat selamanya..takdapat gambarkan sedih tahap apa waktu tu..rasa menyesal sebab taksempat nak minta maaf, tak sempat nak ucap terima kasih, tak sempat langsung nak pesan nenek jaga kesihatan. Paling tak sempat nak balas segala jasa dia kat aku..Allah Allah berat sungguh berat hati ni nak lepaskan, berat sungguh nak terima kenyataan..kalaulah aku tahu itu yang terakhir kalinya..bodoh memang bodoh sebab langsung tak perasan semua hint yang dia dah bagi..tapi takleh nak buat apa dah, kena terima takdir Allah dah tentukan..

Alhamdulillah aku dah dapat terima semuanya..aku redha dengan pemergian dia..cuma hari ni, rasa rindu yang membuak buak dekat arwah nenek..hari pertama lepas pemergian nenek, aku boleh terlupa..boleh pulak aku jenguk bilik dia, nak tengok tengah buat apa..bila tengok kosong baru teringat..istighfar aku banyakbanyak..Allah, memang tak biasa langsung dengan ketiadaan dia..permudahkanlah keluarga aku untuk biasakan diri jalankan kehidupan seterusnya tanpa arwah, aamiin..

Buat nenda yang aku sayangi, moga tenang disisi Allah s.w.t. bersama pasa solihin dan syuhada'..kami yang bakal menyusul nenek takkan pernah lupakan nenek..terima kasih buat segala bakti yang nenek tabur..dari tumbuhan sampai peliharaan, terima kasih banyak..semoga amal sedekah jariah nenek berterusan..maafkan diri ini yang terkadang melukakan hati mahupun menyinggung perasaan samada sedar tak sedar..halalkan semua pemberian nenek ya..

"اللهم اغفرلها ورحمها وعفها واعفو عنها"
AlFatihah buat Allahyarhamah Laminah Binti Sulaiman, nenda tercinta.

Ps: maaf takrasa nak cek balik spelling sebab dah sebak sangat. Walaupun takda sape baca, saja tinggal notes untuk yang nak baca sebab kadang aku sendiri yang akan baca balik. Aku coret untuk aku, supaya tak terlupa apa yang aku rasakan penting untuk aku ingat sampai bilabila.

Wednesday, 8 June 2016

Dugaan Bulan Puasa

Dear readers, yang tak pernah aders haha, assalamualaikum kumula bicara, untuk aku meluah sedikit rasa yang semanjak dua menjak ni membelenggu diri ini..first of all, aku nak ucapkan Ramadhan Kareem yaa akhii waa ukhtii mahbubah, كل عام وانتم بخير hendaknya..terlalu banyak aku nak bercerita..almaklum cuti panjang, macam2 hal dah jadik, tapi macam malas nak tulis semua dalam satu post, kang penat pulak korang nak baca (persoalannya: korang ni sape?) Haha biasalah aku ni suka berangan sendiri, so takyah kacau ah aku nak cerita ni haa *mukasuci*

Selama ni asal orang tanya pasal jodoh je aku mesti jawab tunggu abe pilot masuk minang..act takdelah mengharap sangat pun nak berjodoh dengan abe pilot huhu..saja jawab suka2 sebab malas senanye nak pikir2 pasal kawin ni..dapat pulak kengkawan yang suka menyembang soal jodoh ni haa lemah betul laa aku..ada jodoh, kawin la en..aku tau depa semua syak aku dah ada someone in mind bila aku kata gitu hahah seriously u said u know me? *gelaknangeh* yang aku tahu, hati aku cukup batu bila sembang pasal outsider yang berjantina lelaki (kecuali kengkawan lelaki yang aku kenal) so how did u expect that i've found my man? Aduhai *tepukdahi* dont worry lah sahabat2 yang ku sayang, kalau dah ada nanti, rasa dah confirm boleh announce, in sha Allah for sure i'll tell everyone...hah masatu barulaa hangpa kena terkejut beruk pasai dah ada mamat dapat lunyaikan kebatuan hati aku ni ahaks awin bawak istighfar win..jangan berangan tinggi sangat, ingat ajal maut ditangan Tuhan ya #selfnote 
Em kenapa ni tetiba cerita pasal benda tak penting ni? sebenarnya hati tengah tak keruan sebab baru je semalam terjumpa ig someone whom i pernah admire masa form1 dulu but biasa2 je..masa korang baca ni mesti korang be like "what? Seriously awin ada crush kat someone? Gila apak boleh heart attack baca ni wuu" cewahh ni expectation aku je..taktau laa kalo reality nya lagi dasyat korang punya terkezutz tu huhu *blushing* okay back to the story..mesti korang wonder cemana aku boleh tergolek suka si fulan ni en..ceritanya rahsiaa haha *gelakjahat* tapi aku dah cuba nyahkau dari hidup aku, yelah mana baik lah suka2 minat2 ni..zina hati woii *mukabengis* cuma lately lepas habis GirlsDayOut #floriadate ritu, tetiba asyik teringatkan dia ni..mula2 tergelak bila throwback, tapi ini hati aa tarak reti tipu maa..macam ada sikit harapan, sikit je tak banyak pun..harapkan dia..

Tapi lepas dah jumpa plus stalk ig dia, harapan lebur sebab terjumpa nama sorang gadis sentiasa n wajib komen gambar dia..okay dari situ aku tahu i'm friendzoned, even worse, tak terlist dalam friend pun haha sebab masa form3 pernah add kat fb, lepas beberapa hari dia approve, dia unfriend balik *gelakgulingguling* what a shame me hahah, zaman pramlee kata hidung tak mancung pipi tersorongsorong alahai awin awin *gelengkepala* but overall, yang paling buat aku terkezutz sampai tak keruan nya is, theres some pictures of him related with aviation, which means he's a pilot to be *nadatinggi* dahtu selama ni aku dok cakap nak jodoh ngn pilot tu *mentalbreakdown* hahah awin, all you need is tu put your trust to Allah as He is the best planner..aku tahu ini semua kebetulan, apapun aku redha walau apapun yang akan terjadi in the future..apa yang aku kena buat sekarang is to forget everything that brought me to him, and stop saying i wanna get married with a pilot huhu *menangisdalamtawa* kesian your future to be, kalau dapat tahu kau pernah ada hati dengan orang lain kan #selflogic

Cerita ni cuma hiburan sematamata which cuma ada dua orang je yang kena mengena iaitu aku dan si fulan itu..saja aku coretkan sebab aku rasa cerita ni kelakar and tak patut dilupakan..sedia maklumlah aku ni pelupa kemain dasyat *nauzubillahiminzalik* moral of the story, kena selalu ingat yang jodoh pertemuan, rezeki dan ajal, semua ditangan Tuhan..by hook or by crook, kita as hamba Yang tak sempurna lagi penuh noda ni kena selalu kembali pada fitrah, cinta dan kasih paling utama buat Allah dan Nabi Muhammad S.A.W.. okay semua? *silajawabinshaaAllah*  #muhasabahdiri Semoga satu hari, andai dipinjamkan hayat lagi sehingga bertemu dengan si pemilik hati, post ini dapat aku tunjuk kat dia nanti huhu Ya Allah tengok tu berangan lagii *gelaknangis*

P/s: mungkin jugak Allah tengah uji kuat mana iman aku, sempena bulan mulia ni? wallahu a'lam bissawabb...

Sekian dari hamba yang hina, wassalam :)